Sunday, August 22, 2010

non-Muslim dan bulan puasa



Rasanya semua dah taukan yang Malaysia ni terdiri daripada banyak kaum atau race. Walaupun terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, tapi rakyat Malaysia ni, aku boleh cakap agak memahami la.

Bulan puasa. Orang yang beragama Islam akan berpuasa. Rata-rata kedai makan yang bertuan Melayu atau yang beragama Islam pasti akan tutup kedai dia waktu siang dang bukak semula waktu senja/berbuka. Kalau dalam Universiti, Macam di Universiti Teknologi Petronas, ehem, majoriti tuan cafe beragama Islam, jadi rata-rata akan tutup kedai waktu pagi. Nasib baik la ada Cafe Paprika, cafe western terbaik UTP yang masih open kepada semua orang ntuk mengisi perut yang kosong, sorry untuk yang tak puasa jer yer.

Apa yang aku merepek ni, ishh. Berbalik kepada tajuk, rasanya bila jer masuk bulan Ramadhan/ bulan puasa ni mesti aku tengok tak ramai bukan muslim yang tak makan time tengah hari. Bukan tu saja, ramai dari diorang akan makan sekali masa berbuka. Ajaib bukan? Untuk masa tengah hari tu, mungkin betul mungkin tidak sebab siapa la kan yang nak pergi cafe time tengah hari usha2, kang tak pasal2 tergugat nafsu ni. Mungkin diorang buat bulan ni bulan untuk kurangkan perbelanjaan keatas makanan. Mungkin. Sebab duit petronas x masuk lagi. tsk tsk tsk.

Tapi pada aku, non-muslim kat negara ni sudah lebih paham pasal ibadat umat Islam yang satu ni. Kalau tengok kat sekeliling, diorang pon takde la menunjuk sangat bila nak makan,(atau kita yang buat2 tak sedar?). Takde la cafe nampak penuh jer, mungkin diorang makan bungkus, nak jaga hati kita orang yang berpuasa mungkin?

*****

Hal Gregor Samsa

Tak nak cita lebih lebih pasal dia ni. Chop! siapa ni Gregor Samsa? Pelakon kah? Tidak. Dia adalah warga Malaysia. Macam kita tapi dengan kurang pemahaman dengan konsep berpuasa umat Islam. Sebab tu la dia keluarkan statement berkenaan dalam facebook.


Stop! Jangan condemn beliau. Beliau bukan muslim tapi sebagai muslim kita kena expose kan benda2 macam ni supaya tak de la orang lain yang pandang ringan ibadat kita ni dan juga supaya mereka lagi paham kepentingan ibadat ni kepada kita. Peace!

*****

Anyway, hari Ahad. Day off. Day off la sangat, kerja rumah bertimbun2 atas meja ni. Apa lagi ek? Jangan buang masa, guna masa cuti ni untuk habiskan segala kerja yang ada, takdela masuk minggu baru dengan kerja-kerja dari minggu yang sebelumnya okay, pesanan khidmat masyarakat dari diri sendiri :P

p/s: 2 minggu lagi Line tracking competition. Urgh. Meeting wey. meeting!

2 comments:

  1. tapi kadang2 bengang gak kalau kite tnga sebok2 nak bukak puasa, beratur panjang skali dengan non muslim. padahal kite nak kejar waktu berbuka ni. haihh. tension. aku lebih rela dorg makan siang2.

    ReplyDelete
  2. yup, agak tension tapikan tapikan tak ramai. takpe nak hidup harmony kena bertolak ansur weyp :)

    ReplyDelete