Tuesday, August 10, 2010

Bulan Istimewa


Assalamualaikum.



Waalaikumussalam. tau tak esok hari apa?? Yeaah...esok hari rabu. Hari rabu weyy. Takyah cerita pon korang mesti tau esok kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Esok merupakan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam seluruh dunia. Malam ni dah start Terawikh, esok pagi dah mula kena sahur. Stock makanan rasanya takde lagi kot, yang ada cuma makanan remeh temeh macam biskut jer la. Nak order khidmat delivery kt UTP(Mc Dawn kot nama dia. takley bla.) takde duit, nak save beli Tamron 18-55mm f/2.8 VC. hehehe. tungggu.....

Anyway, tak sah la kan kalau tak buka kedatangan bulan Ramadhan yang berkat lagi mulia ni dengan ucapan,


SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA BAGI SELURUH KAWASAN DI MALAYSIA DAN JUGA LUAR MALAYSIA.


*flashback*

Bila dah start puasa ni teringat la balik cerita cerita masa zaman tak matang dulu. Malam malam pergi rumah yang ada peti surat(yang besi berkotak merah) bakar mercun dan letak dalam peti tersebut. Bunyi dia adala sebijik macam bunyi tembakan Desert eagle. Tak ingat dunia. Penah sekali, terjatuh peti surat tu, dahla letak dalam peti surat khas untuk polis! Lari sampai ke sempadan Thailand jugakla masa tuh.

Teringat masa sekolah rendah, balik sekolah agama, baring depan TV sambil tengok waktu berbuka, masa tuh guna lagu Raihan yang niat berpuasa tu(hafal niat puasa dari lagu tu jer. hahaha), pastu tak puas hati tengok orang Sabah & Sarawak buka puasa awal. Cis.

Teringat masa berbuka dengan keluarga, penuh meja dengan makanan, kadang2 ada orang taknak hidangkan air(hehehhe) sebab malas. Terminum air sebab terletak banyak sangat dalam cawan sampai nak tumpah dah.(tak sengaja takpe :p )

Teringat solat terawikh dekat surau USJ 9, habis 8 rakaat lepak makan pastu duduk kat buaian depan surau borak2 sampai tengah malam, masa tu form 4 tak silap.

Rasanya korang mesti ada punya pengalaman macam tu sepanjang hidup ni tak? Kadang kadang perasaan nostalgia tu yang membuat kita lagi teruja nak menyambut bulan Ramadhan ni. Yerla, marilah kita semua buat yang terbaik dalam bulan Ramadhan ni, cuba sedaya upaya untuk berubah untuk yang lebih baik, amalan yang buat masa Ramadhan ni cuba bawak sampai Ramadhan tahun depan, jangan stop bila habis Ramadhan jer.

Okayla, Selamat menyambut 1 Ramadhan :) pergi Terawikh, jangan tak pergi!

2 comments:

  1. hahahhahaha... lawak nyee/....
    n sedih.. rindu...
    hurmm time kecik2 la best.. x byk tggjwb sgt en..
    aduh miss nye msia...

    miss my family..
    x sangka gak anif dlu nakal gak.. heheheh... dsembunyi dbalik spec yg pintar itu.. woot..woot..

    ReplyDelete
  2. dulu tak pakai spek okayy, haha

    ReplyDelete