5.44 a.m
Dah lebih dari 1 jam golek golek atas katil, tuka bantal, tukar posisi tidur, tukar segala macam benda lain la, tapi masih tak boleh tidur. Mungkin sebab Liverpool kalah kot? Hahaha. takde kaitan.
Hari ni, Selasa, kelas boleh cakap agak straight ke petang walaupun ada gap dua jam gitu. Kelas hari ni start pukul 9. Sekarang dah nak pukul 6. Haish. Jangan tak terbangun untuk kelas sudah. Kelas Rep apa macam ni, tak pergi kelas XD
*****
Berbalik kepada tajuk.
Insomnia. Rasanya semua dah tahu Insomnia tu apa. Tapi bagi yang tak tahu, Insomnia adalah satu masalah untuk tidur. Selalunya susuah untuk tidur malam. Kalau masa sekolah sekolah dulu tak ramai lagi Insomnia ni, sebab mungkin jadual tido semua dah di tetapkan(e.g. Sekolah Asrama). Tapi bila usia dah meningkat dewasa, dah besar, dah ada kebebasan sendiri, mula la ikut hati bila nak tido. Ada yang kerja tidur jer, alih dapat bantal atau baring jer konfem lena, tapi ada jugak yang disorongkan bantal jenis Kashmir mana pun tak tidur jugak. Mereka ni la golongan Insomnia.
Mungkin korang tak tau bahaya Isomnia ni sebab kawan-kawan korang yang biasa tidur lewat ni okay jer pergi kelas setiap hari. Takde nampak lain macam atau sebagainya. Salah! Insomnia ni memang ada kesan kepada seseorang, mahu fizikal atau mental.
Tapi yang paling bahaya tentang Insomnia ni adalah Daya tumpuan yang kurang. Nampak macam tak bahaya kan? Alah setakat kurang tumpuan jer, paling teruk pon tidur dalam kelas sambil berdengkur sampai Lecturer pun bengang. Tapi cuba korang pikir macam ini pulak, macam mana kalau orang tu memandu. Bila memandu dengan tumpuan yang kurang, tu yang sampai Koala Bear pon tersangkut dalam grill kereta.
suami: ada beruang koala la kat kereta kita
isteri: eeeeee...cumilnya, jum ambil gambar dia. eeee.
koala: urghh.
Bukan tu saja, ada banyak lagi kemungkinan untuk kemalangan maut jika kurang tumpuan ni. Contoh lain, lintas jalan tanpa sedar ada kereta sedang memandu laju, terlanggar tiang yang mungkin, mungkin menyebabkan tiang tu hempap kita ke, mungkin tak sedar terjatuh dalam kolam pastu tambah lagi tak pandai berenang. Kemungkinan tu tinggi sangat.
6.04 a.m.
Subuh sudah masuk. Marilah pulang ke katil, eh lepas solat Subuh yer. Terima kasih :)
nak baca lebih pasal Insomnia? Boleh cek disini
- http://en.wikipedia.org/wiki/Insomnia
- http://www.emedicinehealth.com/insomnia/article_em.htm
p/s: Line tracking line tracking. *shrugs*
p/s: nak tidur!
yeah.. mesti dapat tidur yang mencukupi =)
ReplyDeletebetul betul :>
ReplyDelete