Friday, December 31, 2010

20x

Dengan ini saya mengistiharkan esok cuti.



Selamat Tahun Baru 2011.




Juga Selamat Hari lahir kepada Mamaku, Tengku Siti Zaleha dan juga adikku, Khairul Adib Safwan. Moga panjang umur murah rezeki :)

Review tahun 2010? Meh, esok lah yer. Nak pergi main bowling 4 round dlu :)

Sunday, December 26, 2010

last accomplishment of 2010??

Yehuu. sambungan post sebelum ni. Until post ni dibuat, yakni pukul 1.30 pagi, aku masih tak tidur. Badan dah finally suruh tidur, bukan skarang jer, sejak pukul 4 petang tadi. Tapi disebabkan semangat membara untuk movie marathon Hantu Kak Limah dengan Tron Legacy, ku kuatkan juga mata dan badan ku ini. Keputusannya?

33 Jam tanpa tidur.

Wohoo. Serius bangga giler, kalau setakat tak tidur pasal marathon drama tu biasa jer, cuba drive dari UTP ke Rawang, kira2 2 jam perjalanan, movie marathon 2 cerita, jalan2 lagi. Perghh. Mau terlentok sekejap2 dalam panggung. haha.

btw, gambar akan diupload di masa yg terdekat. Stay tuned :) oke sekarang memang kena tidur

Saturday, December 25, 2010

Just in time for holiday

OKay sangat sangat frust sekarang ni. Sekarang dah pukul 5 pagi tapi still tak boleh tidur. Esok pagi, yakni pagi ni lepas subuh nak kena drive balik ke Subang. Yeaah!! Tapi bukan untuk bercuti, tapi untuk berseronok. Ada beze ke? Hmmm.

Balik cuti ni sekejap je, pasal nak datang rumah sahabat di Seremban. Katanya dia punya abang kawen. Bukan esok tapi Ahad. Since kiteorang pon belum kesempatan tengok Tron Legacy 3D ngan Hantu Kak Limah, so kiteorang decide la nak balik awal sikit.


sebab utama kena tengok Tron Legacy? hehe




Urghhh. Apa aku buat ni??!! Nak tidur!!!!!!!

Sunday, December 19, 2010

budak robocon



screeeeeeeeechhhhhh. screeeeeeeeechhhhhh. screeeeeeeeechhhhhh.

tiap tiap malam mesti dengan bunyi tu, bukan bunyi hantu ar, bunyi aluminium (atau aluminum kalau orang US) bergesel dengan mata gergaji. Lagi sakit bunyi kalau mesin gergaji automatik digunakan. tapi nak wat macam mana, kalau dah kerja bertukang tak sah la kalau tak bertemankan bunyi macam ni.

Robocon. Ni merupakan salah satu sebab aku stay dekat UTP walaupun orang lain tengah sibuk seronok seronok tengok Tron 3D, tengok bola Malaysia lawan Vietnam, main paintball, dan segala aktiviti yang remaja remaja sekarang selalu buat masa cuti sekolah .

Mesti ada korang yang pelik asal la aku join mnde2 pelik macam ni. Dahla tak dapat duit belanja, femes pon tak femes, tapi hampir setiap hari kena pergi lab la, meeting la, robocon sana la, robocon sini la. Roomate aku, kalau korang kenal la, pon selalu tanya. Jawapan dia simple jer. Minat.



Okay tipu. Aku tak minat. Frankly speaking, aku tak minat pon sebenarnya hal robot2 ni. Aku lebih minat dekar automotive. Macam Shell Eco Challenge tu. (nak join dah tapi takut tak dapat bagi comittment. :P)Tapi kenapa aku minat sebab kerja dia. Aku suka kerja2 teknikal dia. Potong besi, skru, gerudi, sambung bahagian. Macam masa kecik2 dulu, amek screwdriver, bukak keter mainan, bukak screw dia, bajet leh upgrade ar lgi laju ke. Yup sebab itu. Aku suka buat menda mcam ni. Dan secara tak langsung aku dapat gak belajar time mangement, segala menda2 yang korang belajar dari masuk event2 tu. Sama la.


Hahaha. Asal la aku tetiba buat post pasal robocon ni. Sangap robot ke apa? haha. takdela. sebab aku bosan. sekian :p


lagi info pasal robocon 2011
http://aburobocon2011.com/

p/s: ni video apa yang kita orang kena buat untuk tahun 2011. hehe


Tuesday, December 14, 2010

orang bercuti saya tak bercuti

Alhamdullilah lepas 2 insiden yang menyayat hati sudah lepas dari dairi hidup, sekarang ni tengah sibuk dengan Robocon 2011. Maaf saya tak bercuti sewaktu orang lain bercuti. Ni namanya komitmen.

terima kasih kepada kedua ibu bapa dan juga duit scholar kerana telah mensponsor laptop baru. hehehe. Sori la bukan Gaming series punya laptop tapi spec dia boleh tahan, lagi mantap dari laptop lama tu. Ni la dia.


A42JA



Ceh, laptop sama ke? ala. bukan tak nak beli laptop lain tapi laptop yang menjadi pilihan takde stock/ mahal/ tak jumpa. So nak buat macam mana, Ni jerla yang terbaik yang boleh dapat.

btw spec dia skit:-

ASUS A42JA
Intel core i7 1.7GHz, turboboost up to 2.8GHz
ATI Mobility Radeon HD5730 2GB VRAM
4GB DDR3 RAM
14' LED display

Windows 7


tak tau kenapa tapi sejak hilang dslr feeling nak shoot dah kurang. Yerla macam orang baru break ar. takkan nak cari yang baru terus kot. punya takde perasaan gler. Sekarang ni tengah pakai Ayah punya Canon 450D. Body lagi berat skit dari Canon 1000D tapi to be honest 1000D tu lagi best walaupun kurang megapixel, kurang build quality and mcm lagi.

Untuk bulan ni dan separuh bulan hadapan, jadual sme jerla. pagi tidur, lepak men game. petang or malam pergi fabrication lab, potong besi, gerudi, segala kerja2 bakal engineer berjaya :P

p/s: lens apa nak beli untuk permulaan baru ni yer?

Wednesday, December 1, 2010

pengalaman kereta langgar lembu

kalau orang cakap dekat ambang maut tu, segala cerita hidup kita macam flash back di saat kita nak temu ajal, aku tak percaya sampailah incident pagi semalam.

Pagi tu, selepas berseronok2 main bowling dan lepaskan stress exam, maklumlah pagi tu ada exam Statics. Kiteorang sampai UTP balik ada la dalam pukul 12 mcm tu. tak nak keluar lama2 sangat yerla semua ada hal nak kena uruskan. So pagi tu, penulis dah beli tiket tren dri Batu Gajah untuk ke KL Central. Nak berisitrehat di rumah sebelum pulang untuk ber'robocon'kan diri ni untuk sepanjang cuti semester.

berbalik kepada cerita, mintakla tolong roomate untuk hntrkan ke stesen KTM. dalam perjalanan tu, tak disangka2 kiteorang eksiden. Masa tu ya rabbi, tergumam, flash back tu takde la tapi terdiam jugakla bila tetiba nampak segerombolan(betul ke ni?) lembu tengah melintas. time tu kereta ada la dalam 70 atau paling laju 90km/h dengan tempat gelap lagi, tiba2 je nampak lembu melintas. penulis sempat cakap "weh lembu tu".

BAMMMM. serpihan kaca berterbangan hinggap di baju.