Sunday, December 19, 2010

budak robocon



screeeeeeeeechhhhhh. screeeeeeeeechhhhhh. screeeeeeeeechhhhhh.

tiap tiap malam mesti dengan bunyi tu, bukan bunyi hantu ar, bunyi aluminium (atau aluminum kalau orang US) bergesel dengan mata gergaji. Lagi sakit bunyi kalau mesin gergaji automatik digunakan. tapi nak wat macam mana, kalau dah kerja bertukang tak sah la kalau tak bertemankan bunyi macam ni.

Robocon. Ni merupakan salah satu sebab aku stay dekat UTP walaupun orang lain tengah sibuk seronok seronok tengok Tron 3D, tengok bola Malaysia lawan Vietnam, main paintball, dan segala aktiviti yang remaja remaja sekarang selalu buat masa cuti sekolah .

Mesti ada korang yang pelik asal la aku join mnde2 pelik macam ni. Dahla tak dapat duit belanja, femes pon tak femes, tapi hampir setiap hari kena pergi lab la, meeting la, robocon sana la, robocon sini la. Roomate aku, kalau korang kenal la, pon selalu tanya. Jawapan dia simple jer. Minat.



Okay tipu. Aku tak minat. Frankly speaking, aku tak minat pon sebenarnya hal robot2 ni. Aku lebih minat dekar automotive. Macam Shell Eco Challenge tu. (nak join dah tapi takut tak dapat bagi comittment. :P)Tapi kenapa aku minat sebab kerja dia. Aku suka kerja2 teknikal dia. Potong besi, skru, gerudi, sambung bahagian. Macam masa kecik2 dulu, amek screwdriver, bukak keter mainan, bukak screw dia, bajet leh upgrade ar lgi laju ke. Yup sebab itu. Aku suka buat menda mcam ni. Dan secara tak langsung aku dapat gak belajar time mangement, segala menda2 yang korang belajar dari masuk event2 tu. Sama la.


Hahaha. Asal la aku tetiba buat post pasal robocon ni. Sangap robot ke apa? haha. takdela. sebab aku bosan. sekian :p


lagi info pasal robocon 2011
http://aburobocon2011.com/

p/s: ni video apa yang kita orang kena buat untuk tahun 2011. hehe


No comments:

Post a Comment