Sunday, September 26, 2010

kenapa saya kiasu?


Dok tengah cek status orang id facebook tiba tiba ternampak la perkataan kiasu ni. Kejap, penah dengar? ooo. aaah. Apa maksud dia sebenarnya?

Kiasu, berasal dari bahasa cina, hokkien, bermaksud 'fear of losing' terima kasih wikipedia. Dalam kata lain takut kalah la wey! Sebenarnya dalam hidup ni, ak tanya korang, ada ke yang nak kalah? Rasanya semua orang mesti nak menang. Cuba imbau masa muda mudi dulu, masa tadika la senang cerita,

****

budak hingus 1: ayah aku pakai kereta saga baru!
budak hingus 2: eleh, ayah aku pakai honda. laju bawak. lepas handle pon jalan straight jer. kereta Ayah kau boleh buat tu ke??

budak hingus 1: (mencarut)

haha. perbualan ni direka jer ek. takkanla kecik2 dah pandai mencarut kot. sekarang ni yerla, buda kecik pon dah hisap rokok. dunia oh dunia.

****


Pastu bila dah meningkat dewasa.


****
lelaki tak macho : wey aku dah couple ngan awek tu.

lelaki cool tak terhegeh2: yerr? alah tak kekal lama la tu. esok lusa ko clash ngan dia jugak.
lelaki tak macho : eleh, kau jeles sebab ko takde awek kan? haha. giler loser la.
lelaki cool tak terhegeh2: fine. ko menang la wey. aku give up.

****


pastu bila dah kawin


****

ayang: hujung minggu ni ayang nak kasut baru ok?

abang: baru semalam beli kasut baru bukan? kenapa nak beli lagi?

ayang: alah abang ni (mengedik)

abang: yerla, ayang punya pasal yerla, esok abang belikan.(walaupun abang nak beli lens camera baru. hahaha. takde kaitan)

Aku pon tak boleh terlepas jugakla dari ke'kiasu'an ni. Masa sekolah rendah tu tak de la pikir sangat. Time tu semua ak pikir nak enjoy je. tu sampai UPSR, PSRA tak score sangat. Tapi bila dah PMR masa tu memang ak dah sedar akan competition yang ada kat sekeliling. Yerla, kelas A tapi takkan dapat markah exam lagi rendah dari yang kelas B kot?? Memang masa tu bersaing habisla, tak nak kalah punya pasal. SPM pun sama, tak nak kalah dekat member2 yang dah pindah ke MRSM, SBP dan sebagainya. Masa tu moto aku ada lah, "Kalahkan budak MRSM, budak SMK pon boleh score jugak".

hahha. takdela. main main jer. Tapi masa tu memang ada 'sense' atas semangat berkobar kobar nak kalahkan budak2 MRSM semua. Sehingga sekarang ni, peringkat Universiti sekalipon, semangat kiasu ni masih ada. Tapi rasanya semangat kiasu ni dah makin berkurangan, bukan sebab takut dengan pertandingan, tetapi sekarang ni, kita dah jumpa ramai orang. Ada jer yang memang dilahirkan genius, nak tak nak tak guna bertapa susah kita mencuba, memang kita tak dapat kalahkan beliau.

Konklusinya, memang dari kecil, sampai ke besar manusia ni adatnya memang tak nak kalah. Kalau boleh menang setiap kali, mesti nak aja. So, apa kaitan dengan kiasu ni?

Ikut lumrah manusia, memang manusia ni memang tak akan dapat lari daripada rasa nak menang. Mesti, manusia mesti kena ada perasaan ni. Walaubagaimanapun, kiasu ni tidak boleh dipraktikkan dalam setiap perkara. Oleh itu, sebagai individu, kita kena tahu bila keperluan kita untuk jadi seorang yang kiasu, dan juga bila untuk tidak ;)

2 comments:

  1. kiasu.
    kat kolej aku, kiasu bermakna study gila-gila.
    or kiranya fear of not getting A grade la.
    so, word kiasu ni memang common lah digunakan dalam perbualan harian budak ky.
    "jom kiasu!"

    ReplyDelete
  2. jom kiasu? har har. first time jugak la dengar ni.

    ReplyDelete