Sunday, September 26, 2010

kenapa saya kiasu?


Dok tengah cek status orang id facebook tiba tiba ternampak la perkataan kiasu ni. Kejap, penah dengar? ooo. aaah. Apa maksud dia sebenarnya?

Kiasu, berasal dari bahasa cina, hokkien, bermaksud 'fear of losing' terima kasih wikipedia. Dalam kata lain takut kalah la wey! Sebenarnya dalam hidup ni, ak tanya korang, ada ke yang nak kalah? Rasanya semua orang mesti nak menang. Cuba imbau masa muda mudi dulu, masa tadika la senang cerita,

****

budak hingus 1: ayah aku pakai kereta saga baru!
budak hingus 2: eleh, ayah aku pakai honda. laju bawak. lepas handle pon jalan straight jer. kereta Ayah kau boleh buat tu ke??

budak hingus 1: (mencarut)

haha. perbualan ni direka jer ek. takkanla kecik2 dah pandai mencarut kot. sekarang ni yerla, buda kecik pon dah hisap rokok. dunia oh dunia.

****


Pastu bila dah meningkat dewasa.


****
lelaki tak macho : wey aku dah couple ngan awek tu.

lelaki cool tak terhegeh2: yerr? alah tak kekal lama la tu. esok lusa ko clash ngan dia jugak.
lelaki tak macho : eleh, kau jeles sebab ko takde awek kan? haha. giler loser la.
lelaki cool tak terhegeh2: fine. ko menang la wey. aku give up.

****


pastu bila dah kawin


****

ayang: hujung minggu ni ayang nak kasut baru ok?

abang: baru semalam beli kasut baru bukan? kenapa nak beli lagi?

ayang: alah abang ni (mengedik)

abang: yerla, ayang punya pasal yerla, esok abang belikan.(walaupun abang nak beli lens camera baru. hahaha. takde kaitan)

Aku pon tak boleh terlepas jugakla dari ke'kiasu'an ni. Masa sekolah rendah tu tak de la pikir sangat. Time tu semua ak pikir nak enjoy je. tu sampai UPSR, PSRA tak score sangat. Tapi bila dah PMR masa tu memang ak dah sedar akan competition yang ada kat sekeliling. Yerla, kelas A tapi takkan dapat markah exam lagi rendah dari yang kelas B kot?? Memang masa tu bersaing habisla, tak nak kalah punya pasal. SPM pun sama, tak nak kalah dekat member2 yang dah pindah ke MRSM, SBP dan sebagainya. Masa tu moto aku ada lah, "Kalahkan budak MRSM, budak SMK pon boleh score jugak".

hahha. takdela. main main jer. Tapi masa tu memang ada 'sense' atas semangat berkobar kobar nak kalahkan budak2 MRSM semua. Sehingga sekarang ni, peringkat Universiti sekalipon, semangat kiasu ni masih ada. Tapi rasanya semangat kiasu ni dah makin berkurangan, bukan sebab takut dengan pertandingan, tetapi sekarang ni, kita dah jumpa ramai orang. Ada jer yang memang dilahirkan genius, nak tak nak tak guna bertapa susah kita mencuba, memang kita tak dapat kalahkan beliau.

Konklusinya, memang dari kecil, sampai ke besar manusia ni adatnya memang tak nak kalah. Kalau boleh menang setiap kali, mesti nak aja. So, apa kaitan dengan kiasu ni?

Ikut lumrah manusia, memang manusia ni memang tak akan dapat lari daripada rasa nak menang. Mesti, manusia mesti kena ada perasaan ni. Walaubagaimanapun, kiasu ni tidak boleh dipraktikkan dalam setiap perkara. Oleh itu, sebagai individu, kita kena tahu bila keperluan kita untuk jadi seorang yang kiasu, dan juga bila untuk tidak ;)

Thursday, September 23, 2010

Sedapnya donut kau!

Perbualan ini dirakam ketika segelintir pelajar tahun 1 semester 1 mechanical engineering sedang menunggu salah satu dewan theather untuk dibuka untuk kelas lain. Perbualan ini berlaku di Pocket D, tingkat 2.

****

kawan 1: Donut la.

kawan 2: Mane? mane?

kawan 1: tu ha.

kawan 3(menyemak tiba tiba): tu haa warna biru tu.

kawan 2: ouh. mmm. kalau aku dapat yang tu memang sedap la.

kawan 1: donut tu tak best wey, cube tengok kat belah kiri sikit tu, tu yang warna putih tu. haa. tu baru idaman kalbu.

kawan 3: Weh tu aku dah chop dulu kot. Kau jangan pandai pandai nak yang tu.

kawan 2: siot la, dala donut dia besar. Mana boleh bagi kat kau.

kawan 1: Alah biarla, suka hati aku la.



****


perbualan kemudiannya terpaksa diberhentikan kerana sudah ramai budak mechy yang lain yang mula berpusu pusu masuk ke dalam Lecture Theater.


Mesti korang pelik tetibe jer aku cerita pasal donut. Dan mungkin jugak ada yang pikir yang bukan bukan. haha. takpe aku paham korang. lumrah manusia kan? hahaa. Anyway, sebenarnya aku nak update pasal Hari Raya (SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI btw) tapi disebabkan gambar terlupa nak ambil dari camera Abah so tak dapat la nak update. Kamera sendiri faham fahamla, mesti la tak banyak gambar pemilik kameranye :(

Sudah seminggu mid semester bermula, result pon ada yang dah keluar dan ada juga yang masih belum lagi tapi so far alhamdullilah, agak berpuas hati dengan pencapaian yang dapat. heeee. Selepas mid sem ini memang agak banyak aktiviti2 menarik yang ada kat UTP ni, antara yang terbesar adalah ConvoFair 10th Anniversary, National Green Convention dan juga Youth 10.

Rasanya tu jer kot yang nak update untuk sekarang ni. Sori sikit sebab mungkin jarang nak update blog ni dan juga blog lagi satu. Tapi insyaallah, dengan sokongan korang semua, aku akan cuba untuk update dari masa ke semasa. So, stay tuned okay? :)

btw, kalau kalau korang nak tahu jugak, lepas habis je kelas di Pocket D aku pon turunla dan dengan sukarela membeli 8 donut2 dari Big Apple. Dapat tengok gambar pon aku bilang korang mesti puas dah kan. Mmmm. nak makan tunggu bukak pose yer lah ;)

p/s: dialog di atas tu tak berkaitan dengan siapa siapa pon yer. aku reka jer tuh. hahaha






Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum, salam lebaran.

walaupun lebaran lambat lagi, adala dalam beberapa hari lagi, tapi disebabkan hari ini akan berangkat pulang ke kampung halaman, terpaksa la jugak buat post awal2. Nak buat timer punya post tak pandai pulak ehh.

apa pun,

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN
Mintak maaf kalau ada tersilap bahasa, terkasar, atau apa2 yang buruk.


ni bukan gambar raya. tapi balun la :)



Tahun ni akan beraya dia kampung Abah, di Jertih, Terengganu. Tapi macam biasa la, balik awal 2/3 hari tidur di kampung mama di Raub, Pahang. Plan tak tau lagi tapi mungkin akan balik ke Subang dalam hari Isnin atau Ahad.

di tambah best lagi, tahun ni balik Jertih convoy dengan Saudara, 2 family besar berconvoi sekali. uhh. best best. Insyaallah kalau rajin nanti akan uploadkan/ cerita hal raya lepas selamat pulang ke rumah semula.

Itu saja untuk sekarang. Ingatla orang yang tersayang. Berhenti di Lampu merah. :)

Saturday, September 4, 2010

rumah manis rumah

Dengan rasminya saya suah berada di rumah :) heeeeeeeeee

****

Bertolak dari UTP tengah hari Jumaat, dalam pukul 12.30. Rata rata warga UTP dah pun memulakan perjalanan pulang mereka pada pagi Jumaat. Pagi jumaat tu ada kelas pagi pukul 8 so nak balik awal pon tak jadi la. Nasib baik tak ponteng pasal ada quiz. eh eh.

Anyway, balik macam biasa la dengan kereta EVO pali, sampai KTM Rawang dalam pukul 4. Tunggu tren, himpit2 sampai la KTM Subang dalam pukul 5 lebeh sikit. Sebab tak sembahyang apa2 lagi, pergi la surau dekat. Musafir weh, Jumaat skip takpe.

Jam jalan tank hingat la, naik bas terus tido sedar2 dah nak sampai dah, ada la dalam pukul 6 lebeh. Penat tak payah cakap la. Dengan dahaga nya, penat nya, tak cukup tidurnya(tidur pukul 10, lepas habis kelas. malam tu tak tidur. heh)

Alhamdullilah dah sampai di rumah. Pergh, bosan gila entry kali ni. macam takde feeling pon. Ntahla kenapa kn? aiseh. Takpe takpe sahur hari ni sedappp.


p/s: Spaghetti :))


p/s: Selamat bercuti semua!