Wednesday, December 1, 2010

pengalaman kereta langgar lembu

kalau orang cakap dekat ambang maut tu, segala cerita hidup kita macam flash back di saat kita nak temu ajal, aku tak percaya sampailah incident pagi semalam.

Pagi tu, selepas berseronok2 main bowling dan lepaskan stress exam, maklumlah pagi tu ada exam Statics. Kiteorang sampai UTP balik ada la dalam pukul 12 mcm tu. tak nak keluar lama2 sangat yerla semua ada hal nak kena uruskan. So pagi tu, penulis dah beli tiket tren dri Batu Gajah untuk ke KL Central. Nak berisitrehat di rumah sebelum pulang untuk ber'robocon'kan diri ni untuk sepanjang cuti semester.

berbalik kepada cerita, mintakla tolong roomate untuk hntrkan ke stesen KTM. dalam perjalanan tu, tak disangka2 kiteorang eksiden. Masa tu ya rabbi, tergumam, flash back tu takde la tapi terdiam jugakla bila tetiba nampak segerombolan(betul ke ni?) lembu tengah melintas. time tu kereta ada la dalam 70 atau paling laju 90km/h dengan tempat gelap lagi, tiba2 je nampak lembu melintas. penulis sempat cakap "weh lembu tu".

BAMMMM. serpihan kaca berterbangan hinggap di baju.

2 comments: