Dan memang betul. Setiap permulaan dalam hidup mesti melalui perkara yg susah/penat/payah. Cuba tengok kelahiran kita, nak bersalin. Untuk kita senangla, slide jer keluar, tapi bagi ibu bapa macam ne?? Si Ibu memang kena tanggung rasa sakit la kalau nak bersalin, si Ayahnya pula kena tanggung si Isteri dan juga anak.
Cuba tengok permulaan sekolah. Kena buat persiapan dulu. Beli baju sekolah, seluar sekolah, kasut sekolah, rambut kena potong gaya sekolah, alat tulis sekolah, senang cakap semua benda sekolah la kena beli.
Nak masuk University pon same, baju kena beli, kasut baru, cadar, bantal, laptop, lagi banyak.
Nak contoh lagi? Haa....
Nak masuk semester baru pon tak terkecuali. Hari ni baru hari pertama Semester 1 tahun 1 kat UTP. Serabut takyah cakapla. Jadual salahla, kelas cancel la, daftar sana, daftar sini, jumpa lecturer baru. Memang susah/payah dan memenatkan. Tapi disebalik sesuatu kesusahan tu ada hikmahnya. Mungkin sekarang ni semua tengah konfius lagi tapi lepas ni bila smua dah start, tutorial, lab dah start insyaalllah smua akan lancar.
Peh, rajin gak en update blog walaupun kat UTP nih? Yerla hari2 awal memang la mcm ni. Tak de kerja, bosan dan jadual pon tak padat lagi. Berblogging jerla kerjanya.
p/s: Subjek Differential Equation macam susah oww. tapi, MINDSET!
worse beginning will end WORSER. hoho
ReplyDelete