Thursday, August 5, 2010

tentang credit hour.


budak Mechy yang datang kelas Statics petang tadi mungkin dah tau, tapi mungkin ada jugak yang tak tau lagi.


Credit Hour.


Credit hour ni sistem mata pelajaran yang diperkenalkan di US dan dah merebak dekat kebanyakkan negara lain, dan termasuk juga negara kita, Malaysia. Dalam sistem ni, kita kena habiskan credit hour yang ditetapkan oleh University sendiri, eg. 150 credit hour. Kalau dah lepas credit hour berjumlah 150 atau lebih baru layak nak graduasi.

Rasanya semua dah tau pasal basic sistem credit hour ni. Tapi korang tau tak fakta lain??

Untuk setiap Credit hour yang korang ambil, korang kena paling tidak ada Study hour(term yang direka sendiri oleh saya ;) ) berjumlah 2 jam. Tak paham lagi? Contoh, satu subjek ni, Statics la, ada 3 credit hour. Tiga. TIGA. Paling kurang 3 jam masa kelas dalam 1 minggu. So, Study hour yang ditetapkan adalah sebanyak 6 jam dalam seminggu.

Haa. Best x? mesti terkejut giler kan bila dengar pasal ni. Tapi sebenarnya tu macam guideline jer. Ikut individu la nak ikut ke tak. Saya?



Mestila Tak ikut.

bangun awal. Macam mana yer??

Alarm jam, tidur awal, suruh mmbe kejutkan. Tu semua cara biasa untuk bangun dari tido awal pagi. Tapi kan, bukan semua langkah tu efektif, tido awal pon tapi kalau dah hantu tido, memang tido sampai ke petang la jawabnya. Alarm jam lagi lah, mula mula jer berkesan, lama-lama dah lali. Haish~

Tapi korang nak tau tak cara effectif tapi jangka masa panjang??(maksud kena praktik selalu la kalau nak kesan dia)

Senang jer, cuma Reprogramme. Yerke? Ntah seyes aku lupa, rasanya ada belajar time STE dulu (baca) Cuba sebelum tido, dalam hati atau kalau korang tak segan nak jerit kuat kuat sebut "Nak bangun awal untuk _____(kenapa?)" Mulakan dengan nada rendah sebanyak 4 kali, then naik level bagi bunyi kuat sikit, pastu kuatkan lagi. bagi dalam 4 atau 5 level cukupla. Pastu terus tido.

Mungkin la, Mungkin korang akan bangun. Sebab minda separa sedar kita dah macam diprogramme untuk bangun pagi. Cuba la, tapi make sure korang buat selalu. Kalau setakat sekali dua jer memang tak arr. Berkesan tak bagi aku??

Kadang-kadang ;p

Wednesday, August 4, 2010

Pagi

7.58 a.m.

Duduk dihadapan laptop dengan hanya bercahayakan sinar matahari yang malap dari tingkap yang berada di sebelah kiri. Pusingan bilah kipas seperti helikopter, sejuk. Tetapi baju tema MAS May 09 berjaya memanaskan badan yang begitu mudah sejuk ini.

Roomate, sedang enak bergelumang dengan kain selimutnya dengan bunyi message sent yang entah dari mana datang. Kenapa dengan keskemaan yang amat ini?

Jawabku, "cara untuk melupakan saat aku ponteng kelas".

Saya ponteng kelas lagi hari ni :< Jangan risau, attandence tak ambil lagi, yer saya akan buat follow up apa yang belajar hari ni, yer saya akan cuba bagun on time untuk kelas 8 pagi.


Sekian

8.00 a.m.

Sunday, August 1, 2010

sabtu dan ahad yang pendek?


yer, nama baru saya vinnie. hahaha



pernah tak terasa macam hujung minggu, rasa macam sekejap jer. ting tang ting tang, alaxender dah hari isnin. Mula bekerja atau belajar semula. korang agak-agak, tau tak kenapa jadi macam tu? haaaaaa~


Sebenarnya, mase tu tak ke mana mana. Hari sabtu dan Ahad macam hari lain jugak, 24 jam, takde kurang satu jam pon. tapi, tapi tau tak kena6pa hujung minggu ni pendek je?? Sebab....kita tido.


Kejadah apa tido? tak de kaitan pon. SALAH. ada kaitan sebenarnya. Bila kita tido, 'sense of time' kita akan berkurangan, tak paham? macam ni la. Kalau hari biasa( Isnin - Jumaat) mostly kita akan berjaga lebeh dari 12 jam, kadang2 lebih. Bila kita terjaga untuk satu masa yang lama, of cos kita akan rasa macam uhh..... lama giler, bila nak habis ni. tapi kalau hari sabtu ahad, pagi tido sampai tgh hari, makan tengah hari, kembung perut, tido petang, pastu stay awake pada waktu malam, mungkin dalam satu hari tu, cuma 6 atau 7 jam je kita dalam keadaan "terjaga". Masa lain kita tengah main dengan pari2 berada di alam mimpi.


Betul tak? Haaa. sebenarnya aku pon tak tau. Nak buat research terasa amat malas la plak enn. lepas ni nak kena pegi lab plak. huhu.

Tapikan, sebenar-benarnya, (hehehe) kita rasa weekend tu pendek adalah sebabkan satu "rule of thumb" ni.


Perkara yang best mesti terasa habis awal,
Perkara yang TAK best akan terasa amat lama.




tolongla setuju.