Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum, salam lebaran.

walaupun lebaran lambat lagi, adala dalam beberapa hari lagi, tapi disebabkan hari ini akan berangkat pulang ke kampung halaman, terpaksa la jugak buat post awal2. Nak buat timer punya post tak pandai pulak ehh.

apa pun,

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN
Mintak maaf kalau ada tersilap bahasa, terkasar, atau apa2 yang buruk.


ni bukan gambar raya. tapi balun la :)



Tahun ni akan beraya dia kampung Abah, di Jertih, Terengganu. Tapi macam biasa la, balik awal 2/3 hari tidur di kampung mama di Raub, Pahang. Plan tak tau lagi tapi mungkin akan balik ke Subang dalam hari Isnin atau Ahad.

di tambah best lagi, tahun ni balik Jertih convoy dengan Saudara, 2 family besar berconvoi sekali. uhh. best best. Insyaallah kalau rajin nanti akan uploadkan/ cerita hal raya lepas selamat pulang ke rumah semula.

Itu saja untuk sekarang. Ingatla orang yang tersayang. Berhenti di Lampu merah. :)

Saturday, September 4, 2010

rumah manis rumah

Dengan rasminya saya suah berada di rumah :) heeeeeeeeee

****

Bertolak dari UTP tengah hari Jumaat, dalam pukul 12.30. Rata rata warga UTP dah pun memulakan perjalanan pulang mereka pada pagi Jumaat. Pagi jumaat tu ada kelas pagi pukul 8 so nak balik awal pon tak jadi la. Nasib baik tak ponteng pasal ada quiz. eh eh.

Anyway, balik macam biasa la dengan kereta EVO pali, sampai KTM Rawang dalam pukul 4. Tunggu tren, himpit2 sampai la KTM Subang dalam pukul 5 lebeh sikit. Sebab tak sembahyang apa2 lagi, pergi la surau dekat. Musafir weh, Jumaat skip takpe.

Jam jalan tank hingat la, naik bas terus tido sedar2 dah nak sampai dah, ada la dalam pukul 6 lebeh. Penat tak payah cakap la. Dengan dahaga nya, penat nya, tak cukup tidurnya(tidur pukul 10, lepas habis kelas. malam tu tak tidur. heh)

Alhamdullilah dah sampai di rumah. Pergh, bosan gila entry kali ni. macam takde feeling pon. Ntahla kenapa kn? aiseh. Takpe takpe sahur hari ni sedappp.


p/s: Spaghetti :))


p/s: Selamat bercuti semua!

Wednesday, August 11, 2010

Cuti Raya

Selamat Hari Raya!


Apekah? Cuti lambat lagi la oii. hahaha. Sebenarnya saja je nak post pasal cuti raya, ntah. Sebab takde tajuk lain yang best kot nak buat.

Cuti raya tahun ni Insyaallah, bagi warga UTP adalah pada 3 September sehingga? Sehingga Raya ke-4, dem. Tapi, ada tapi nye, ada la ura ura yang cakap cuti kita akan ditambah sebab, ermm ada la sebab dia tapi yang aku tau memang cuti akan dipanjangkan lagi. Tapi tu khabar angin jer la, nak tau betul tak kena tunggu announcement lah.

Anyway, Cuti raya ni Insyaallah balik rumah sama seperti tahun lepas, naik kereta EVO 12 Pali. Tapi sekarang ni dah ada khidmat tren elektrik dari Ipoh ke Seremban(boleh stop di batu gajah dan KL central btw) yang hanya ambil masa 2 jam untuk ke KL Central dan 3 jam ke Seremban. Weeeeee. Ntah apesal rasa excited gila bila dengar tren tu laju camtu. Tapi tak tau la kalau time Raya nanti sesak pulak.


EVO 12. tolong la percaya.


wohoooo. (courtesy google.com)



Lari topic sikit, malam ni malam last. Bukan malam last terawikh, tapi malam last RoboCamp. Kem robot dalam bahasa Malaysia. Rasanya agak banyakla dapat belajar dalam kem ni walaupun ada setengah bahagian(eg. wiring, programming, bla bla bla) tak seronok. Tapi part Fabricating a.k.a Designing adalah yang terbaik!!! hehe. Maybe sebab minat kot nak design, pastu bentuk robot sendiri.

*FLASHBACK*

teringat masa sekolah dulu, main modify kereta Tamiya sampai ada 3 roda jer, pastu try nak buat mainan dari kad dan skru skru dari dalam stor. Rasanya memang dah ada dalam gene yang aku memang minat kerja kerja assemble, dissemble benda ni.


Sekarang ni, dah minggu ke-3 semester baru kat UTP. Seronok. Kelas banyak di Pocket C dan D, tapi sebab member ramai ada kenderaan, dapatla tumpang sekaki. Tenks! Subjek pulak, so far so good.


Suka statics sangat sangat(so far la),

Differential Equation pon okay walaupun susah sikit,

Engineering drawing best tapi leceh,

Academic writing best tapi tak saya bukan jenis suka tulis essay skema,

Sports Science best tapi buat lawak lambat sangat,

Intro Oil n Gas agak best tapi kadang-kadang best sebab lecturer tak kisah kita tidur :P

Intro to Material Science best jugak rasa macam masuk kelas Islamic studies jer, tapi serius bes. Belajar chemistry.



Rasanya tu saje update untuk sekarang. Ada orang cakap blogpost dekat photoblog agak jiwang? kehkehkeh, sekati saya arrr. hahaha. :)

Selamat berpuasa yaww!

Thursday, July 22, 2010

Inception of Hari Raya



Hah. mesti pelik bila tengok tajuk post ni? Ape kehe maksudnya?? Ada kaitan dengan filem Inception yg hangat kat panggung wayang sekarang ni ke?? Hari Raya?


Haa. kisahnya macam ni. Pada suatu hari, ceh bajet cerita budak budak pulak, pada suatu hari adala kawan ajak keluar, katanya saat2 terakhir di Malaysia. Sebab ayat tacing tu, teruslah setuju nak jumpa tengok wayang etc. Dan kita orang tengokla Movie Inception. Otak ni mcm dah kena reprogram balik untuk faham jalan cerita dia, yg sebenarnya takde la compleks mana, cuma ada banyak pertanyaan la yg timbul. [spoiler] kenapa gasing milik Dom tak berhenti masa akhir tayangan, or memang berhenti tapi filem tak cukup nak rakam lagi. Mungkin.


suka lakonan, orang kt belakang dom tu. Cool oh.


Pastu pasal Saito yg dah tua, macam mana boleh Dom masuk mimpi saito walaupun x de pon dia masuk dalam mimpi dia(ikut plot asal la). Mungkin ada yg dah tengok banyak kali atau yg faham pasal ni boleh tolong jelaskan yer. Yerla, otak dah lama duduk kat rumah letak dalam Peti Sejuk. Mana tak beku. Plot cerita bukannya ada satu, tapi 3 mungkin 4. ntah, tak pasti sebab jalan cerita agak compleks, memang bukan cerita Melayu punya level. Memang filem terbaik dari Pengarah yg mengarahkan Dark Night. Memang ada identiti cerita Dark knight dlm cerita Inception.


Hari ni jugak beli barangan raya. Yeppi! Sebab lepas ni mungkin tak balik rumah kecuali time raya jer, so kena ambil kesempatan yg ada ni ntuk beli apa yg patut. Baju raya(pfft. Baju raya kali ni warna Purple, Barney! hahaha), kasut raya, tali pinggang raya, shampoo dan sabun raya, sabun baju raya, senang cakap semua raya la.

So amacam, dah shopping untuk Raya??

Saturday, September 26, 2009

Syawal.


Happy Eid Fitri AGAIN to all muslims.


Like always, my raya was usual this year, not so distinguishable from last year except for more duet raya, nagging on the looong hair, more TEXT massages and a BIG no for books. Other than that, the celebration was enlightening, tiring, colorful and very joyous.

****

Admit it, its not the best Raya i've ever had. Not really sure why though. Either way, lucky for my i'm going back to my BELOVED university on Monday, 28th of September, the day for Rabies or The World Rabies Day. How funny it might sound but, it's a fact though.

Ah, some picture i manage to grab from my father 1000D.




Above: Mah eyesss..

Above: Tok' Wan House. No, i'm not wearing Axiata shirt.

Above: Lovely yet Naughty little brother.


Ah, Sorry for not making much picture of myself, I was busy, 'busy' doing things like sleeping and watching movie. Well, photographer sure does not have much picture of them self right?


****



GodSpeed to Qayyum whom which will be flying to the land of sand and pyramid, Egypt. Sorry for not making to the airport. Some bussiness to take care. Se you again bro, I'm expecting to get some free medical check-ups soooooon :>


Above: Somehow, the two on the left have some weird relationship.

****

Fuhh, holiday is OVER, okayy, not entirely over, but soon will be. Can't wait for the next semester, hopefully it will be better and more enjoying than last time though.


Until Then~