Thursday, September 23, 2010

Sedapnya donut kau!

Perbualan ini dirakam ketika segelintir pelajar tahun 1 semester 1 mechanical engineering sedang menunggu salah satu dewan theather untuk dibuka untuk kelas lain. Perbualan ini berlaku di Pocket D, tingkat 2.

****

kawan 1: Donut la.

kawan 2: Mane? mane?

kawan 1: tu ha.

kawan 3(menyemak tiba tiba): tu haa warna biru tu.

kawan 2: ouh. mmm. kalau aku dapat yang tu memang sedap la.

kawan 1: donut tu tak best wey, cube tengok kat belah kiri sikit tu, tu yang warna putih tu. haa. tu baru idaman kalbu.

kawan 3: Weh tu aku dah chop dulu kot. Kau jangan pandai pandai nak yang tu.

kawan 2: siot la, dala donut dia besar. Mana boleh bagi kat kau.

kawan 1: Alah biarla, suka hati aku la.



****


perbualan kemudiannya terpaksa diberhentikan kerana sudah ramai budak mechy yang lain yang mula berpusu pusu masuk ke dalam Lecture Theater.


Mesti korang pelik tetibe jer aku cerita pasal donut. Dan mungkin jugak ada yang pikir yang bukan bukan. haha. takpe aku paham korang. lumrah manusia kan? hahaa. Anyway, sebenarnya aku nak update pasal Hari Raya (SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI btw) tapi disebabkan gambar terlupa nak ambil dari camera Abah so tak dapat la nak update. Kamera sendiri faham fahamla, mesti la tak banyak gambar pemilik kameranye :(

Sudah seminggu mid semester bermula, result pon ada yang dah keluar dan ada juga yang masih belum lagi tapi so far alhamdullilah, agak berpuas hati dengan pencapaian yang dapat. heeee. Selepas mid sem ini memang agak banyak aktiviti2 menarik yang ada kat UTP ni, antara yang terbesar adalah ConvoFair 10th Anniversary, National Green Convention dan juga Youth 10.

Rasanya tu jer kot yang nak update untuk sekarang ni. Sori sikit sebab mungkin jarang nak update blog ni dan juga blog lagi satu. Tapi insyaallah, dengan sokongan korang semua, aku akan cuba untuk update dari masa ke semasa. So, stay tuned okay? :)

btw, kalau kalau korang nak tahu jugak, lepas habis je kelas di Pocket D aku pon turunla dan dengan sukarela membeli 8 donut2 dari Big Apple. Dapat tengok gambar pon aku bilang korang mesti puas dah kan. Mmmm. nak makan tunggu bukak pose yer lah ;)

p/s: dialog di atas tu tak berkaitan dengan siapa siapa pon yer. aku reka jer tuh. hahaha






2 comments: