Saturday, August 21, 2010

Hari tak produktif


Dengan sukacitanya hari ini saya mengisytiharkan HARI PALING KURANG PRODUKTIVITI. hampeh.

Hari ini hari sabtu, 21 hari bulan Ogos. Tup tap tup tap dah nak raya. Ceh, raya lambat lagi lah oi! Tapi cuti raya nak dekat dah. hehehehe. Hari ini terasa amat malas, oke bukan hari ni jer, setiap hari pon ada malas, tapi hari ni malas ni macam jadi raja. Dia la yang conquer minda utuk hari sabtu ni. Si Malas ni amatla suka baring atas katil, bukak internet, pastu buang masa. Haish. Malas oh malas.

****
Bulan ni dah bulan Ogos, Bulan kemerdekaan. Kelip pejam, kelip pejam dah nak hujung bulan dah. Assignment tak siap lagi, test belum sedia lagi, macam mana nih? aiseh.

****



Hari tak produktif. Bagi aku la, hari Sabtu jerla hari yang aku boleh biarkan sifat malas ni buat ikut suka hati dia. Hari lain tidak! Hari lain dia ada restricting order. nak Malas boleh tapi kejap2 jer. hehe. Tapi ada jugakla sesetengah orang yang hari tak produktif dia 3 hari! Jumaat, sabtu dan ahad. Takpe lagi. Result exam keluar hampeh, lagi tinggi dari aku. Babeng betul.

Hari tak produktif saya hari ni, ANDA?

3 comments: